Saturday, May 7

#012 selamat hari ibu



Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu dan Selamat Menyambut Hari Ibu juga buat ibu tersayang saya yang ada di rumah ni. Selamat Menyambut Hari Ibu, ibu!!!! I love you so muchhhhhh!!!!

Nak hadiah ke???? hahahaha!

Kalau cerita pasal Hari Ibu ni, memang sampai ke sudah tak akan habis. Percayalah. Sejahat mana orang tu, sekeras mana pun hati orang tu, mesti dalam hati dia yang paling dalam…dia sayang sangat sangat sangat dan sangat dengan insan yang bernama IBU dalam hidup dia.

Sambutan Hari Ibu ni bukan sambutan untuk kita, anak-anak ni nak tunjuk dekat adik- beradik yang lain siapa yang mampu berikan ibu kita hadiah paling mahal, siapa yang mampu bawa ibu kita ke tempat makan paling mewah, dan bukan soal siapa yang mampu beri wang beribu riban pada ibu sempena Hari Ibu ni.

Bukan itu protokolnya.

Percayalah, bukan itu semua yang ibu kita mahukan daripada kita. Apa yang ibu kita mahukan, cuma kasih sayang anak-anaknya. Anak dia ada di sisi nya selagi ada umurnya, dan tidak jemu-jemu beri perhatian pada dirinya macam mana dia tidak jemu-jemu memberi kita makan, minum, dan apa saja semata-mata nak besarkan kita.

Jangan sibuk fikirkan hadiah apa yang korang nak beli untuk tunjukkan kasih sayang korang pada ibu masing-masing. Harta benda bukannya bernilai pun pada seorang ibu tu. Nothing. Cuba buat ibu korang tersenyum gembira sepanjang hari dengan menghabiskan masa korang dengannya. Layan ibu sebaik mungkin!

Jangan jadi anak yang tak mengenang jasa .

Ingat, ibubapa kita bukan selama-lamanya bersama dengan kita. Hukum alam tak boleh nak sangkal. Yang hidup, lawannya mati.

hidup saya kini cuma untuk bahagiakan ibuayah saya saja. Ibuayah amanah Allah pada saya .


For me, daripada kita sibuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang belum tentu ada bersama dengan kita waktu kita sakit tua, lebih baik kita berkorban masa “muda” kita yang singkat ni dengan ibu bapa kita.

Sebab, Allah kan kata..Kalau kita berbakti dengan ibu bapa kita masa muda, insyaAllah anak-anak kita pun akan berbakti pada kita nanti. Hah, takkan tak nak kot?????? =))

Selamat Hari Ibu sekali lagi untuk semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh negara!!!!! hahahahaha!! Terima kasih menjaga kami dari kecil sampai besar. Loveeeeee!!!

p/s: i love u ibu . muahhh .

1 comment:

inahamdan said...

mekasih kaklang......Alhamdulillah...anak2 ibu semua nya anak2 yg baik....anak2 yg mendengar kata...ibu sayang kamu semua...kamu sentiasa di hati ibu.......muuaahhh........